Pergi Tak Kembali

Penyanyi: Rabbani
Pencipta Lagu& Penulis Lirik: Mohd. Asri Ibrahim( Vokalis Dan Ketua Kumpulan) -Dahulu
Lirik lagu: Setiap insan pasti merasa Saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang dibawa Terdengar sayup surah dibaca Sayunya alunan suara Cemas di dada lemah tak bermaya Terbuka hijab di depan mata Selamat tinggal pada semua Berpisahlah kita selamanya Kita tak sama nasib di sana Baikkah atau sebaliknya Amalan dan takwa jadi bekalan Sejahtera bahagia pulang ke sana Sekujur badan berselimut putih Rebah bersemadi sendiri Mengharap kasih anak dan isteri Apa mungkin pahala dikirim Terbaring sempit seluas pusara Soal-bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi Hancurlah jasad dimamah bumi Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kenangan Diiring doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi

Uraian/ Isi pesan dakwah dalam lagu:

Pergi Tak Kembali merupakan sebuah lagu nasyid yang di nyanyikan oleh kumpulan nasyid yang sudah tidak asing lagi di Malaysia dan di Luar Negara yaitu kumpulan Rabbani. Jika  kita amati dan hayati lagu ini sudah pasti kita akan berasa takut dan insaf dengan apa yang disampaikan dan sudah pasti akan mengingatkan kita semua tentang kematian yang akan menjemput sudah pasti akan menjemput kita satu hari nanti. Walaupun kita semua tahu bahwa setiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi dengan adanya lagu seperti ini lebih mengingatkan lagi kita tentang kematian dan berharap kita semua bersedia untuk mati.Dalam lagu ini menjelaskan kepada kita semua tentang kematian. Apabila tibanya saat kematian itu apa sahaja yang kita miliki akan ditinggalkan dan hanya amalan sahaja yang akan dibawa bersama dengan kita samaada amalan baik mahupun sebaliknya.
Apa yang ingin dinyatakan juga apabila tibanya saat kematian kita akan berasa sangat takut dan gementar serta perasaan sayu juga akan dapat dirasai kerana hendak meninggalkan segala macam yang dimiliki di dunia ini. Perasaan takut dan gementar ini juga terjadi kerana Allah akan menampakkan kepada kita apa yang akan kita miliki di akhirat nanti. Apabila tibanya saat kematian seseorang maka terputuslah hubungan diantara yang hidup dengan yang mati buat selama-lamanya dan pada masa ini tiada siapa lagi yang boleh membantu kita kerana hanya taqwa dan amalan sahaja yang akan menentukan kita dimana tempat kita sama ada syurga dan neraka. Sesungguhnya nasib seseorang tidak sama seperti di dunia kerana bekalan amal yang di bawa yang akan membahagiakan seseorang insan.
Lagu ini juga mengambarkan tentang keadaan mereka yang meninggal dunia dimana kita akan bersendirian di dalam kubur dan mungkin akan mengharapkan pahala yang dikirimkan oleh anak dan isteri sekiranya tidak mempunyai amalan yang cukup dan tidak semestinya pahala yang diharapkan itu akan dikirimkan dan sampai kepada kita. Selain itu lagu ini juga menceritakan tentang keadaan jasad di dalam kubur yang mana setiap orang tidak akan terlepas dengan soalan dari mungkar dan nakir. Pada masa ini segala penyesalan dan keinsafan sudah tidak berguna lagi dan segala permintaan kita tidak akan didengari lagi sehinggalah jasad kita habis dimamah bumi.
Lagu ini juga mengambarkan tentang perpisahan yang terjadi disebabkan kematian yang mana seseorang itu akan berpisah dengan mereka yang disayangi buat selama-lamanya dan hanya kenangan sahaja yang tinggal dan hanya doa dan air mata sahaja yang mampu dibuat kerana setiap yang mati tidak akan kembali buat selama-lamnya.
Unsur dakwah yang ingin disampaikan di dalam lirik lagu ini ialah kita hendaklah sentiasa bersiap sedia menghadapi saat kematian kerana setiap yang hidup akan merasai saat kematiaan dan segala apa yang kita miliki akan kita tinggalkan dan kita akan bertanggung jawab dengan setiap apa yang kita lakukan dan kita kena ingat bahawa kita akan dipersoal dengan apa yang kita lakukan dan inilah yang akan menentukan nasib kita samaada untung ataupun rugi (syurga atau neraka) di akhirat nanti.***(Al-Nur Zarifah Binti Seman)

0 komentar: