Tanya Sama Itu Hud-hud

Artis: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Lirik: M. Nasir
Album:Canggung Mendonan (1994)

Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan Yang sampai hanya satu jalan Beribu-ribu Margasatua Mencari raja si Muraq Yang sampai hanya tiga puluh Ooh... Sang Algojo Ooh... nanti dulu Lihat dunia dari mata burung Atau dari dalam tempurung Yang mana satu engkau pilih Dalam kalut ada peraturan Peraturan mencipta kekalutan Di mana pula kau berdiri Di sini Ooh... Sang Algojo Ooh... nanti dulu Berikan ku kesempatan akhir ini Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya Berikan aku kesempatan akhir ini Lai lai la lai la lai "Tanya sama itu hud-hud Lang mensilang Kui mengsikui Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

penerangan lagu :
Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan Yang sampai hanya satu jalan

“Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah..”[1]

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo dan hud hud adalah kisah nabi sulaiman, dikala hud hud lambat datang, nabi murka dan ingin memenggal kepala hud(dengan algojo). Tapi hud hud kata, berilah ku kesempatan kali ini untuk menerangkan kisah sebenar, yang mana beliau menjumpai kerajaan yang tak islam iaitu balqis?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!" Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?
Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.  Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.***( Noorakefah binti Abd Kha’ar)

[1] Sunan Abu Daud no 4429








0 komentar: